Tuesday, 26 June 2012

Seni Poster Filem Lukisan Tangan di India


Dibawah ialah koleksi poster filem-filem yang dilukis dengan tangan. Di India poster filem  ditampal secara haram merata-rata tempat macam iklan Ah long di Malaysia. Poster sebegini murah dihasilkan. Poster moden mahal dam mungkin akan dicuri bila ditampal di tempat awam. Maka terciptalah subculture poster lukisan tangan untuk mempromosikan filem terkini di bioskop berhampiran. Kalau iklan wayang kat Malaysia ni dibuat poster begini... cam mane la rophe nye ye..

Harry Potter tuh!




Thursday, 14 June 2012

ABCDEFG

 An aunty saw a young couple. The girl asked the boy: "What's the meaning of ABCDEFG?"
The boy answered: "A Boy Can Do Everything For
 Girls."
The aunty felt so sweet and when she arrived home, she asked her husband: "What do u think about me?" 

                    1.604054738@web125720.mail.ne1.yahoo.com
The husband answered: "ABCDEFGHIJK"
Aunty felt so surprised and asked the husband what did it mean. 

 
The husband replied: "Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, and Gorgeous & Hot!"
Aunty was confused and asked: "What about I, J, K???"
Husband replied: "I'm Just Kidding!"
                
2.604054738@web125720.mail.ne1.yahoo.com 

Thursday, 17 May 2012

Digital Camera & Mobile Phone


Can ELECTRICITY pass through Flash light of the Digital camera to your body???  Yes it is 100% true.

This is a true incidence reported of a boy aged 19, who was studying in 1st year of engineering, who died in
Keshvani Hospital, Mumbai. He was admitted in the Hospital as a burned patient.

Reason?


This boy had gone to
Amravati (a place located in State of Maharashtra ) on a study tour, on their return they were waiting at the railway station to catch the train. Many of them started taking pictures of their friends using "Mobile Phones" and / or "Digital Camera". One of them complained that, he was unable to capture the full group of friends in one frame in the Digicam.

This boy moved away to a distance to get the whole group.  


He failed to notice that at an angle above his head, 40,000 volts electrical line was passing through.


As soon as he clicked the digital camera? 40,000 volt current passed through the camera flash light to his camera and then from his camera to his fingers & to his body. All this happened within a fraction of a second. His body was half burned.

They arranged for an ambulance & his burned body was brought to
Keshavani Hospital, Mumbai.

For one & half days or so he was conscious & talking. Doctors did not have much hopes as there was a lot of complex issues in his body. He passed away later.

Now how many of us are aware about these technical threats & dangers? Even if we are, how many of us are adhering...


Now should we call ourselves as educated and knowledgeable people?

> Please avoid mobile phones on petrol outlets.


> Please avoid talking on mobile phones while driving.

> Please avoid talking on mobile phones while kept in charging
mode without disconnecting from wall socket.

> Please do not keep mobile phones  on your bed while charging and / on wooden furniture.

> Avoid using mobile phones / Digital cameras near high voltage
 electrical lines like in railway stations and avoid using flash.


Beware!!!!

You could create a safety awareness among people whom you care by sharing this information......
if u care.

Tuesday, 15 May 2012

Peringatan Untuk IbuBapa, Wanita & Anak Perempuan

Dipetik dari artikal Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/) Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang 
Iaitu :-


رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ


DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM  

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ib rahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.   

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh (RENUNGKAN & FIKIRKAN - KENAPA & MENGAPA)
·  18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
·  7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
·  23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
·  14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
·  13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
·  8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan
·  6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
·  5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
·  13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center . Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur .
·  8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.
·  17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
·  23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
·  17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Akal Allah beri dan berfikirlah sebelum bertindak...Safety first maa!

Monday, 30 April 2012

Cable Car Yang Paling Menyeramkan...

Bila tengok gambar ni pun dah ada perasaan gayat dah.Ingatkan yang dekat Genting Highland tu dah gayat.Ni lagi dasyat gayatnya. Tak sanggup teman...

  China’s Tianmen Chan atau Heaven’s Gate Mountain

                    Yellow Mountain atau Huang Chan di China
                        Mont Blanc Massif of the French Alps

Thursday, 19 April 2012

How great cultural differences?!

Just for fun... Different Ways To Apologise..
                                                                                                                                                                                                                                       
Japan Tokyo
A man accidently tore a girl’s short miniskirt in Tokyo . Before the guy had a chance to apologize, the single lady took a 90 degree bow, then said: “I am sorry to give you trouble! The quality of the skirt is not all that good.” Then she took out a pin, put the skirt back together and left.
New York
Time Square, New York , a man accidently tore a girl’s miniskirt. Before the guy had a chance to react, the single lady pull out a name card, gave it to him and said: “This is my lawyer’s business card. He will contact you about this sexual harassment. It is better that you prepare yourself, then we will see you in court.”
Paris France
A French man accidently tore a girls’ miniskirt. Before the man opened his mouth, the young single lady said with a smile: “If you do not mind, a red rose can represent your apology.” The French man bought her a rose, then they went to a bar, and lastly, they went to a small hotel discussing what was in the miniskirt. 
Thames England
In the Church Square by Thames , an English man accidently tore the mini skirt of a young single lady. Before the English man opened up his mouth, the young lady covered her torn spot, then said with a blush on her face: “Do you mind taking me home sir? I live very close by…” The English man took his jacket off, put on her shoulders, call a cab, then took her home safely.
China
Chong Qing, China: a man accidently cut open the miniskirt of a young lady. Before the man said anything, the young lady slapped the guy, then: “You, the sex maniac. Dare to take advantage of me, I will send you to the labor camp…”
Taiwan Shimending  
Taiwan Shimending, a man accidently tore a girl’s short miniskirt. Before the guy started to speak, the girl smiled and said: “We have not come up with a price yet, and you are going to inspect the merchandise?”

Korea
Korea    On the street of Yinchong, a man accidently tore a girl’s miniskirt. Before the man speaks, the girl gave him a round kick, then said: “Don’t you know that I have a second degree black belt in Tai Kwan Dao.” 
Thailand  
Bangkok, Thailand, a man accidently tore the miniskirt of an 18 years old girl. Before the man start to apologize, the girl said with a Buddha hand gesture: “No worries honey, ……we are all men.”
KL, Malaysia  
A man accidently tore the miniskirt of an 18 years old girl. Before the man start to apologize, the crowd gathered around him cursing & kicking him to the ground, while the rest of the people took their mobile phones and started recording the scene and before the girl could say ‘stop it’, the video is posted on the facebook wall of more than a million users. MACC is now investigating where the torn skirt is!?!
Bravo!!

Tuesday, 10 April 2012

Check This Out... Interesting

The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the heart is on the left foot.
Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to. It is indeed correct since the nerves connected to these organs terminate here. This is covered in great details in Acupressure studies or textbooks.
God created our body so well that he thought of even this. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times.
So, keep walking...


Monday, 2 April 2012

Tips Keselamatan Di Rumah


Elak Kecurian, Dirompak dan dirogol dalam Rumah Sendiri.. untuk dikongsi bersama dan saling mengingati.
Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.
Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.
Tips menghalang kecurian.
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Sunday, 25 March 2012

Deadlly Fruits?

Got this email from a friend.. Thought this is good to know and prevention is better than facing the obvious...

Star Fruits / Belimbing Besi
This fruit can end your life! This is not an April Fool Joke. But a stern reminder to all readers. We were advised to have a few servings of fruits a day in order to reap the benefits of fruits, right? But obviously this is one big no-no fruit to be excluded from your fruity feast!   In Shenzen, more than 10 people who consumes the star fruit had died. And now a 66-year-old, Malaysian who has been suffering from kidney ailment fell into coma after eating the star fruits. Yes, all it takes is one fruit or 100ml of its juice and the ordinarily harmless star fruit transforms poison in a matter of hours for kidney patients. So does this mean, people without kidney problems should be fine with star fruit! My take: Not at all! Prevention is better right?   Universiti Malaya Medical Centre consultant nephrologist said that star fruits contain a neurotoxin which is not present in other fruits. It affects the brain and nerves. In healthy persons, the kidneys filter it out. But for those with kidney problems, this potent toxin cannot be removed and will worsen the consumers' conditions.   The symptoms of start fruit poisoning include: ~ Hiccups ~ Numbness and weakness ~ Feeling confused ~ Agitation ~ Epileptic fist   The risk of death is high if you are having kidney ailments! But healthy individuals should beware of this fruit's potential toxin too. It could also cripple your vitality if you are not lucky. So don't take it for granted. It's better to avoid them. Please pass this news to others.   So be warned. If you have kidney impairment, DO NOT consume Starfruit or Starfruit juice.


Wednesday, 14 March 2012

Laptop detector

For sharing information purposes especially those who are using notebook, here is a sample device which detect notebook in a hidden place (i.e.: in a car). For those who have never heard of it, attached below are the pictures of the detector: 
Even with the WIFI (wireless), Bluetooth or the entire notebook is completely off, it can still be detected via radio frequency. Therefore never leave your notebook, PDA (Personal Digital Assistance) , mobile phone or any valuable electronic devices in the car. 
These devices are not expensive, it costs less than RM50 for the thieves to start the "business". 

Tuesday, 13 March 2012

Fight Aging

How to fight aging
Did you know that just walking for 30 minutes, 3 or 4 times a
week is enough to combat aging?
According to researchers at the University of California, one of the principle causes of deterioration of the human organism’s physical faculties is its diminished ability to metabolize glucose. And they showed that even leisurely exercise, like taking a walk, plays an important role in keeping glucose metabolism functioning smoothly.
Do you spend the whole day sitting at your desk or in front of a computer screen? Why not get up occasionally and do a few minutes of physical exercise? Don’t worry about what other people think.
In some Japanese companies, it is even become a collective habit. Every twenty minutes a bell sounds, and everybody gets up to do some stretching exercises, after which they sit down again as if nothing had happened. Japanese managers are convinced that their employees are more productive when they are relaxed.
Rileks la beb!

Monday, 12 March 2012

Speed Trap Camera

Please note this type of speed-trap camera has been installed by JPJ along North South Highway and some  highways in the Klang Valley. So watch out your speed when you next drive along North-South Highway and many of the highways in the Klang Valley. These newly installed speed trap cameras were the reason behind police's announcement that they would stop their operation of having their traffics police hiding in trenches behind the bushes or along the overhead bridge or overhead highway. Now the police can just issue the offender with saman backed up by the picture.

Heart Vein Opening

Ingredients For Making Heart Vein Opening Drink Ingredients:
1 cup Lemon juice
1 cup Ginger juice
1 cup Garlic juice
1 cup Apple cider vinegar
Mix all above and simmer in low heat for about 60 minutes or till solution reduces to 3 cups.
Remove solution to cool, then mix 3 cups of natural honey and store it in a jar.
Drink one tablespoon daily before breakfast. Your vein’s blockage will open in most cases.
Enjoy your drink. Taste good too.
 
Before


After

Monday, 5 March 2012

Apek kaya?

Saudaraku seislam dan sebangsa.. untuk renungan bersama.
Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti tak nak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2: 
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila
Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku?


Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun?

Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin.

Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?
Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar. Semak diri sendiri

Sunday, 12 February 2012

Pelaburan Dinar Iraq


Saya dah setahun lebih beli cuma tunggu RV je..(Instant RV.. hihihii). Tawakkal pada Allah samada pelaburan ini jadi kenyataan atau tidak. Tiada paksaan dalam pelaburan ini dan semuanya atas pendapat dan pandangan financial masing-masing. 

Ada 5 istilah yang sering kedengaran sekarang sebagai kebarangkalian yang bakal terjadi dalam currency IQD :

1) Lop/Cutting off
- Melibatkan pembuangan 'zero' yg banyak dari matawang.Cuma terjadi pada negara yang mengalami inflasi yang sangat teruk seperti di Zimbabwe suatu ketika dulu dimana rakyat mereka terpaksa membawa trilion wang semata2 untu membeli sebuku roti.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) akan dibuang 3 kosong menjadi IQD25. Dan IQD25 ini tetap bernilai sama seperti IQD25 mengikut currency ketika itu.Maka IQD25 = USD0.02

2) Re-denomination (RD)
- Melibatkan negara yang mempunyai supply matawang besar yang berlebihan didalam dan luar negara.Jadi,mereka terpaksa mengecilkan matawang mereka untuk mengurangkan penghasilan wang baru.Apa yang berbeza adalah nilai matawang tersebut selepas dikecilkan adalah sama seperti sebelum dikecilkan.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) akan dibuang 3 kosong menjadi IQD25. Dan IQD25 ini tetap bernilai sama seperti IQD25k mengikut currency ketika itu.Maka IQD25 = USD21.25

3) Re-valuation (Gradual growth RV)
- Melibatkan negara yang mempunyai matawang yang sangat rendah,tetapi mempunya ekonomi yang sedang membangun,sumber bumi yang banyak,kerajaan yang membangun,tetapi memerlukan masa untuk benar2 stabil.Jadi,ini adalah langkah yang paling selamat dalam memastikan penukaran matawang tidak membawa kesan buruk dalam kadar inflasi dan ekonomi negara.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) ini akan dinilai semula mengikut perbandingan matawang negara lain dan akan diberi currency yang baru.Dan akan meningkat secara berperingkat2.Mungkin 1IQD = USD0.001...diikuti 1IQD = USD0.01...dan diikuti 1IQD = USD0.10..memakan masa yang lama untuk memberi kebaikan kepada investor.

4) Revaluation (Instant RV)
- Melibatkan negara yang mempunyai matawang yang sangat rendah,tetapi mempunya ekonomi yang sedang membangun,sumber bumi yang banyak,kerajaan yang membangun,dan menunjukkan pembangunan dalam kestabilan negara dengan pantas.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) ini akan dinilai semula mengikut perbandingan matawang negara lain dan akan diberi currency yang baru.Dan peningkatan currency berlaku secara aggresif.1IQD = USD1 ataupun 1IQD = USD3.5.

5) Re-denomination (RD) and Re-valuation (RV)
- Seperti yang diterangkan diatas.Cuma selepas sesuatu matawang dibuang 'kosong',akan diberi currency baru yang lebih tinggi dari sebelumnya.
- IQD25k (USD21.25) akan dibuang 3 kosong menjadi IQD25. Dan IQD25 ini akan diberi currency baru yang lebih tinggi mengikut perbandingan matawang negara lain.Sama ada secara agresif ataupun secara berperingkat2.(Instant or Gradual Growth).

Terdapat banyak rumor yang keluar mengenai perbincangan RV dan RD. Dan memang majoritinya banyak yang memilih option ke 4 dan 5 sebagai possibility yang akan berlaku. Kita dapat melihat sekarang Iraq cuba meningkatkan pertahanan negara mereka dan memajukan sektor ekonomi dengan meningkatkan pengeluaran minyak secara drastik. Jadi,tidak mustahil untuk IQD mencapai semula kuasa belian 1IQD = USD1.17(minimum) seperti yang diura2kan.

Selamatkan Syria



Al-Amin Hj Salleh's Photos


Aku memohon dan berdoa agar saudara-saudara Islamku seluruh dunia mendapat perlindungan dan sentiasa di dalam peliharaan Allah selalu hendaknya.  Hentikanlah kekejaman pada umat Muhamad ini ya Allah. Bersatulah!

Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:

Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:


Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri

Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.

Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.

Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.

Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini

Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim

Doa



Dalam setiap rakaat solat kita membacanya.. adakah kita memahaminya? Dengan rasa rendah diri kita memohon pertolongan, petunjuk jalan yang lurus dan mohon perlindungan dariNya. Hayatilah dan sesungguhnya makna Al-fatihah ini adalah satu doa.


Jadikanlah amalan setiap sebutan ayat yang keluar dari mulut kita dengan ayat-ayat doa yang cantik dan lengkap seperti ini. Amin.

Friday, 10 February 2012

Surat Untuk Datin Seri..

Assalamualaikum.. cuma nak kongi bacaan yang saya perolehi dari FB teman..


Salam Mesra,
Ellen terjumpa surat ni dari satu Forum..Adeii sangat berani budak ni nak tulis surat pada Datin Seri..Apa pun Ellen tak da maksud apa2 cuma nak kongsi apa isi surat dia ni…yang lain sendiri kita fikirkanlah ya…
SURAT BUAT DATIN SERI ROSMAH MANSOR DARI SEORANG PELAJAR ! WAJIB BACA !
Assalamualaikum Datin Seri.
Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!
Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!
Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.
Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!
Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?
Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!
Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.
Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!
Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali 
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!
RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!
Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!
Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!
Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.
KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?
Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.
Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!
Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!