Tuesday, 27 December 2011

Hujan

Musim hujan tak habis lagi ni.. petang je hujan, kesian mat-minah motor balik kerja. kuyup! Apa yang pasti KL mesti jem teruk!! Sejuk-sejuk ni kalau mandi berendam air panas mesti best...
Teringin...  Mau cuba??
Hujan ni rahmat dari Allah. Apa jua musibah yang timbul dari kejadian bencana alam seperti banjir, taufan, tsunami, kebakaran, penyakit kronik dan sebagainya. pasti ada hikmah disebalik semua dugaan itu. Mungkin dengan cara itulah yang dapat menguji kekuatan iman dan takwa kita pada yang Maha kuasa.
"Appreciate your current situation and enjoy each day"...

Monday, 26 December 2011

Cozzi Hotel - budget hotel.. boleh la...

Penat gak survey budget hotel kat Port Dickson ni. Anak-anak punya pasal la mintak jalan-jalan cuti sekolah ni. Akhirnya jumpa gak la satu hotel ni ada swimming pool with slides (tinggi giler woi!). Nenek budak-budak ni nak ikut gak.. 2 room please! (rabak).. Time cuti sekolah ni biasanya hotel dok tekan sampai RM350 ke atas... ni kira OK la RM150.00 je per room. Bukan peak time RM90.00 je semalam..
Triple Room - ada double king size bed + single bed + TV + Aircond + Bilik air (of course)... tu je. Tak de almari & cerek elektrik.. kalau nak air panas sila beratur kat bawah (budget la katakan) and no breakfast.
The badaks berendam
Anak-anak apa kisah semua tu.. yang penting ada swimming pool dan aku pun sama... swimming pool yang boleh aku "tojon" dengan t-shir + tudung. Malaysian... biasa la. Orang putih kalau tengok ni mesti mengucap panjang... ada aku kisah?? Rata-rata dalam kolam tu "melayu" la. Baby, kanak-kanak, remaja, dewasa, mak orang, bapak orang... nenek orang pun ada.. enjoy beb! Slide tu bukak 5.30 - 7.00 pm je.. anak-anak je yang berulang kali naik.. mak tak sanggup la.. mau tersangkut tuh... kalau lepas pun pasti kalah tsunami kat Aceh ari tu. Buletin Utama sure jadi berita utama.. hahahaaa..
Cuma hotel ni tak berapa kisah sangat tentang kebersihan. Lantai basah dari reception kaunter sampai la ke bilik tidur. Banyak lagi kelemahan hotel ni tapi yang penting kami enjoy! Next week, start sekolah... work hard and study hard!

Wednesday, 21 December 2011

Tidak Melayu Hilang Di dunia..

Ciuman si Badut
Assalamualaikum..
Terkejut, amat-amat memalukan, sesal, jijik dan macam-macam lagi perasaan timbul bila lihat gambar ni. Apa nak jadi anak-anak melayu sekarang ni. Rata-rata masalah sosial yang kedengaran sekarang datangnya dari "melayu"... apa dah jadi??
Saya amat bersimpati pada ibubapa Ariff Alfian Rosli atas dugaan dan musibah yang timbul.. pastinya mereka malu besar atas apa yang menimpa.. anak yang menjadi kebanggaan dan harapan keluarga bertukar sebaliknya.
"Ya Allah, aku berlindung diri ini dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya, seksaanNya, kejahatan hamba-hambaNya dan hasutan-hasutan syaitan dan sekutunya."
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan akhirat serta peliharalah kami dari azab api neraka".. Amin...

Tuesday, 20 December 2011

Summer Camp / Kem Kembara

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Second time nak hantar anak pi kem motivasi anak cemerlang & anak soleh. First time last year kat Hulu Langat (jauh sangat la) anjuran Dato' Dr Hassan Ali. 3 hari 2 malam.. tapi result dia alhamdulillah... nampak sangat perubahan pada anak sulung... mau solat, tak mau lagi lawan cakap mak ayah, mau belajar, mau dok rumah (jarang merayau lagi dah).. alhamdulillah. Tapi anak nombor 2 ni liat sikit nak berubah.... sabo je la...
So.. selidik kem motivasi yg dekat-dekat sikit jumpa la kat Hulu Yam ni.. Nur Laman Bestari Eco-Resort Kem Kembara anak cemerlang & soleh..1/2 hour drive from Gombak... tempat dia luas dan cantik.. sedap mata memandang. 4 hari 3 malam plak tu (08/12/2011 - 11/12/2011) dan yuran plak RM260.00 seorang (early bird).. murah la kalau nak dibandingkan dengan summer camp yang lain.. so.. booking awal. Aturcara / aktiviti disenaraikan.. peh! bestnye.. nite walk (ada berani), jungle tracking, flying foxs.. macam-macam lagi..tapi.. muka anak-anak mak ni kelat je bila mak datang ambik last day tu? Rupanya ada titik-titik kekesalan diutarakan anak-anak apabila selesai 4 hari kem.... kenapa yek? "Balik nanti abang cerita..." Waduh!.. Dari majlis penutup (kalau dibandingkan dengan kem yang dulu) pun kite dah boleh rumuskan apa yang berlaku. 
Tiada kemesraan antara freshie dan pelajar (freshie tak ingat nama pelajar).. tiada gerak kerja berkumpulan ditunjukkan pada ibu bapa.. tiada laporan (report) untuk rujukan ibu bapa.. tiada slogan semangat dilaungkan... tiada sessi rundingan antara freshie dan ibu bapa untuk kemajuan anak-anak... dapat je sijil.. "Mak cepat la balik"... aik? Anak aku ke yang bermasaalah. Bila balik, dilihat sesetengah pelajar.. lu lu gua gua... 4 hari bersama ooiii... hairan gak...
Cuba wujudkan suasana sedih..
Tenaga Pengajar (Freshie)                    
Lagi satu permintaan sebelum balik "Mak nak mandi kolam & sungai boleh tak.. kami tak puas la".. Difahamkan adakalanya mereka ni tak dibenarkan mandi (dalam bilik), pi mandi kat sungai je... air kena catu ke? Patut la budak berdua ni tergaru-garu je dari tadi. Ok... pi la, puaskan hati..  


Kat situ juga mereka kena keracunan makanan. Pelajar termasuk freshie mengalami cirit birit dan hanya diberi ubat pil Cit Kee Teck Oun (betul ke ejaannya?). Kes tutup cam tu je.

Perubahan anak-anak selepas kem saya hanya boleh memberi 2/10...(sekali lagi - perbandingan dibuat dengan kem terdahulu). Saya tahu soal mendidik anak adalah tanggungjawab ibubapa tapi kem ini hanyalah jalan alternatif dalam membentuk keperibadian mereka dengan sedikit bantuan pihak luar. Pihak Pengurusan Nur Laman Bestari saya doakan agar terus maju dan ikhlas dalam usaha mendidik anak-anak bangsa. Amin..

Maaf dipohon - saya tiada niat untuk memburuk atau mengaibkan sesiapa tapi sekadar berkongsi pendapat dan pandangan untuk kebaikan bersama.