Penat gak survey budget hotel kat Port Dickson ni. Anak-anak punya pasal la mintak jalan-jalan cuti sekolah ni. Akhirnya jumpa gak la satu hotel ni ada swimming pool with slides (tinggi giler woi!). Nenek budak-budak ni nak ikut gak.. 2 room please! (rabak).. Time cuti sekolah ni biasanya hotel dok tekan sampai RM350 ke atas... ni kira OK la RM150.00 je per room. Bukan peak time RM90.00 je semalam..
Triple Room - ada double king size bed + single bed + TV + Aircond + Bilik air (of course)... tu je. Tak de almari & cerek elektrik.. kalau nak air panas sila beratur kat bawah (budget la katakan) and no breakfast.
 |
The badaks berendam |
Anak-anak apa kisah semua tu.. yang penting ada swimming pool dan aku pun sama... swimming pool yang boleh aku "tojon" dengan t-shir + tudung. Malaysian... biasa la. Orang putih kalau tengok ni mesti mengucap panjang... ada aku kisah?? Rata-rata dalam kolam tu "melayu" la. Baby, kanak-kanak, remaja, dewasa, mak orang, bapak orang... nenek orang pun ada.. enjoy beb! Slide tu bukak 5.30 - 7.00 pm je.. anak-anak je yang berulang kali naik.. mak tak sanggup la.. mau tersangkut tuh... kalau lepas pun pasti kalah tsunami kat Aceh ari tu. Buletin Utama sure jadi berita utama.. hahahaaa..
Cuma hotel ni tak berapa kisah sangat tentang kebersihan. Lantai basah dari reception kaunter sampai la ke bilik tidur. Banyak lagi kelemahan hotel ni tapi yang penting kami enjoy! Next week, start sekolah... work hard and study hard!
No comments:
Post a Comment