![]() |
Buah Kote Mamak - mamak gak yang dapat nama... U ada?? |
Buah ni masa mudanya warna hijau, hitam bila dah masak. Kopek kulitnya dan kelihatan seperti buah asam keping dan rasanya pahit-pahit manis (orang kata la.. sebab aku sendiri tak pernah makan). Orang tua-tua kata buah ni elok untuk ubat pelbagai penyakit terutamanya kencing manis. Caranya ialah dengan makan mentah bijinya atau direbus dan diminum airnya. Tapi payah la nak cari buah ni sekarang... kat kampung aku pun tak de.
Buah ni berasal dari kepulauan India (tu sebabnya mamak yang dapat nama kot!). Buah ni memang hitam, keras dan panjang, kalau jatuh ketanah yang lembut.. confirm terpacak! Lagi satu maklumat yang diterima pasal buah ni.. kalau diproses dan diambil minyaknya boleh digunakan untuk mengurut 'anu' supaya.... lu pikir la sendiri.. Senang cerita buah ni juga boleh dianggap sebagai 'tonik/herba' untuk lelaki la. Waduh! Jamu Wak Karto dan kopi jantan tergugat cam ni.
So.. jagalah kesihatan anda dengan ubat-ubatan tradisional yang unik dan rendah kos ni... Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment