Tuesday, 24 January 2012

Musim Buah

Assalamualaikum... nak cerita pasal buah lagi. Musim buah memang meriah. Kiri kanan jalan penuh orang berjaja. Tambahan yang dok Gombak macam aku ni... sebut je nak buah apa tak kira waktu. Pukul 3 pagi pun ada orang stand by jual buah terutamanya durian.. Musang King atau ape saja.. mintak.. sure ada! Hospital and klinik pun tak kurang meriahnya juga musim buah ni...
Tapi aku tak kisah sangat buah-buah ni.. maklum la.. keliling rumah kat kampung dah ada macam-macam pokok buah. Ingat masa kecik-kecik dulu.. hari minggu je dalam semak la. Nyamuk dan semut jadi teman tapi tak mesra. Dapat gak 30-40 henggit sehari jual buah manggis. Time ni la jalan dah tak tengok bawah even naik basikal pun pandang atas (tengok buah). Ular melintas pun dah tak kisah. Lelap mata pun nampak buah...
Dulu boleh memanjat pokok lagi tapi sekarang... ya ampun! Musim buah ni orang kampung kaya kejap la. Saudara jauh pun boleh jadi dekat.. yang dekat pun boleh jadi jauh.. gaduh rebut buah... subhanallah! Si suami diwaktu mula-mula kahwin dulu jadi 'Jakun" gak la masa musim buah. katanya untung gak kawin dengan orang ada dusun buah ni... Yang seronoknye musim buah ni gak la keluarga, adik beradik jauh balik berkumpul dan agenda utama lepas makan buah.. mandi sungai! Syukur rezeki dari Allah dan terima kasih tak terhingga pada moyang atuk nenek dan mak ayah tercinta yang tanamkan pokok buah-buahan ni (Al-fatihah).


Thursday, 19 January 2012

Kote Mamak

Dont judge a book by its cover yeh... tajuk dia memang la 18sx tapi sebenarnya ni nak cerita pasal "Buah Kote Mamak". Pernah dengar??

Buah Kote Mamak - mamak gak yang
dapat nama... U ada??


 Orang Perlis panggil buah ni Buah Kote Mamak dan nama saintifik dia Samanea Saman (memang buah ni tak makan saman).. hihihiii..  Disebabkan nama dia yang cukup unik.. tu yang tertarik dan menarik...Gaboom!
Buah ni masa mudanya warna hijau, hitam bila dah masak. Kopek kulitnya dan kelihatan seperti buah asam keping dan rasanya pahit-pahit manis (orang kata la.. sebab aku sendiri tak pernah makan). Orang tua-tua kata buah ni elok untuk ubat pelbagai penyakit terutamanya kencing manis. Caranya ialah dengan makan mentah bijinya atau direbus dan diminum airnya.  Tapi payah la nak cari buah ni sekarang... kat kampung aku pun tak de.
Buah ni berasal dari kepulauan India (tu sebabnya mamak yang dapat nama kot!). Buah ni memang hitam, keras dan panjang, kalau jatuh ketanah yang lembut.. confirm terpacak! Lagi satu maklumat yang diterima pasal buah ni.. kalau diproses dan diambil minyaknya boleh digunakan untuk mengurut 'anu' supaya.... lu pikir la sendiri.. Senang cerita buah ni juga boleh dianggap sebagai 'tonik/herba' untuk lelaki la. Waduh! Jamu Wak Karto dan kopi jantan tergugat cam ni.
So.. jagalah kesihatan anda dengan ubat-ubatan tradisional yang unik dan rendah kos ni... Selamat mencuba!!