Panjang cuti sekolah musim perayaan ni. Seminggu cuti Raya Cina sambung lagi Hari Wilayah and Maulidur Rasul and Thaipusam. Budak-budak pun dah mula resah semacam je kat rumah. Nak dibawa berjalan.. pulus dah kurang dok belanja peralatan sekolah dan lain-lain yuran. Tak pe lah kita pi main layang-layang je la kat Taman Metropolitan, Kepong.
5km je dari Batu Cave... wel.. wel.. (time Thaipusam jangan lalu.. cari nahas) tapi 1km sebelum sampai ke Taman dah berderet kereta parking tepi jalanraya. Jalan kaki sikit la nak ke Taman.. kalau datang petang dalam pukul 5.30 tu parking je tepi jalan sebab memang sah tak de parking dalam Taman.. buang masa je pusing-pusing cari (polis bagi can.. tak saman, caya la). Layang-layang? Melambak jual tepi jalan dan dalam Taman pun ada. Saiz atau bentuk ape nak? semua ada.. Harga berapa nak? pun semua ada... Tapi sayang time kami pi main tu angin tak de... ada tu ada la tapi sepoi-sepoi bahasa je. "Boring la cam ni mak! Angin kentut Ami lagi kuat.." Memang nampak muka-muka frust je depa-depa yang dah beli layang-layang tapi tak leh terbang tinggi.
Dalam masing-masing leka tengok layang-layang dan aktiviti sendiri, dikejutkan pulak la dengan jeritan sorang perempuan ni... kena ragut!! Motosikal memang lalu lalang sepanjang jalan dalam Taman tu tapi memang tak terlintas difikiran kejadian meragut dikhalayak ramai ni. Sudah la ragut beg dilanggarnya pula anak perempuan tadi berusia dalam lingkungan 4 tahun. Kejadian terlalu pantas.. si ayah dan beberapa hero cuba mengejar tapi tak berjaya. Rasanya kalau dapat tangkap memang harus mamat tu teruk kena lanyak. Aku pun nak join sekali lanyak mamat tu.. geram tul!!! Kesian ibu dan anak. Alhamdulillah anak tu tak cedera parah cuma berdarah sedikit je kat kepala.
Tak kira walau dimana kita berada.. berwaspadalah dan berdoalah pada Allah supaya tiada kejadian yang tidak diingin berlaku pada kita dan ahli keluarga kita yang lain. Tawakkalalallah... Malang memang tak berbau...
No comments:
Post a Comment