Wednesday, 24 July 2013
Kencing Manis & Darah Tinggi
Assalamualaikum. Bila umur ni nak masuk setengah abad.. mulalah macam-macam penyakit yang singgah walaupun tak diundang. Terus-terang cakap, aku mula rasa penyakit ni bila umur masuk 40-an.. Stress skit.. darah tinggi, lepas tu mula la diikuti dengan sahabat karibnya ..kencing manis.. jantung... berpaut-paut. Rasanya dah tak sanggup tengok ubat segenggam nak kena hadap pagi2.. Kalau ubat-ubat cara tradisi ni boleh mengubat.. apa salahnya kalau kita cuba..
Petua 1 - Kulit Buah Manggis - Ambil kulit buah manggis dan bersihkannya. Kemudian, keringkan kulit tersebut. Rebuskan kulit buah manggis yang sudah kering sampai mendidih. Setelah itu, biarkannya suam dan minum perlahan-lahan. Air rebusan ini perlu diminum 2 kali sehari. Walaupun rasanya agak kelat dan pahit, jika diamalkan mampu mengurangkan tahap penyakit kencing manis.
Petua 2 – Petai - Anda boleh pilih samaada memakannya secara mentah, merebus ataupun mencapurkannya dalam masakan. Amalan memakan petai ini bagus kerana ia mampu menghalang jangkitan serta mengubati sistem pembuangan air kecil. Selain kencing manis, petai juga berkhasiat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Wallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment